Syukur alhamdullilah wak dan isteri telah selamat kembali semula ke malaysia setelah bercuti ke beberapa negara mata sepit. Banyak pengalaman yang dapat wak kutip semasa di sana, Insyaalah wak akan berkongsi pengalaman tersebut bersama-sama mereka yang sudi melayari laman blog wak ni.
Buat masa ni wak masih berehat kat kampung, wak baru lepas membaja sawit wak tadi. Selama wak pergi bercuti, terima kasih kepada mereka yang berminat hendak mendapatkan barangan daripada syarikat wak, wak akan hubungi kalian semula nanti.
Terima kasih di atas sokongan dan kerjasama dari semua blogger yang melayari laman ini. Semoga tuhan memberkati kalian dan menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.
Di sini juga wak ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat kembali kepada rakan-rakan wak yang pergi menunaikan ibadat haji (Wak Zubir, Wak Aladin, Wak Toha, Wak Misbun dan semua umat islam yang pergi menunaikan ibadat haji)
2 comments:
betul ke wak membaja sawit......baru skodeng wak kena leter dgn bini ade le
wak,dah lama tunggu cete wak gi china tu, nape x update. bosan sgt ke gi bercuti dgn isteri yg tpaksa bawak tu
Post a Comment