Wednesday, March 11, 2009

betul ke ... entahlah ...


pernah dengarkah engkau
pepatah dulu kala berkata

'seberat-berat mata memandang
berat lagi bahu memikul'
betul ke ?
entahlah...
hanya hati yang tertusuk sembilu yang memahaminya
hanya dada yang tertikam runcingan buluh yang menjiwainya
hanya jiwa yang dirobek gerambik yang merasainya
hanya kepala yang dipenggal yang tau deritainya
hanya mata yang dicungkil tersembul yang menangisinya
hanya jantung yang direntap keluar yang tau peritnya
hanya jasad dikubur hidup2 yang tau siksanya
jadilah
seberat-berat bahu yang memikul
maha berat lagi hati yang menanggung
semaha berat hati yang menanggung
termaha berat lagi jiwa yang memikul
termaha berat jiwa yang memikul
tersangat maha berat lagi ku yang terazab
gembiralah
bahagialah
kerana aku pernah dengar pepatah lain berkata

'...manusia bagaikan roda...

adakala di atas dan banyak kala di bawah..'

1 comment:

SIS said...

betul la tu...we bounce back..