

Untuk makluman semua wak akan bercuti mulai hujung minggu ni hingga le tahun depan. Wak nak berehat dan bersama-sama keluarga wak. Selain wak pergi melancong ke Macau, Hong Kong dan China wak nak tengok kebun kelapa sawit wak, walaupun harga sawit dah merundum wak kena turun ke kebun jugakle.
Selain dari sawit wak ada juga tanam buah-buahan tempatan seperti durian, langsat, manggis dan sebagainya. Kesian wak tengok pokok-pokok yang wak tanam, wak ingat nak membaja sebab semasa wak pergi ke lndonesia tempohari wak telah terjumpa baja daripada tanah gunung berapi yang sangat baik untuk tumbuh-tumbuhan, so melalui rakan, wak menjadi pengedar baja-baja tersebut di malaysia, alhamdulillah sambutannya sangat menggalakkan.
Adalah beberapa kontena telah wak bawa masuk untuk di pasarkan di malaysia ni. Jadi sempena cuti ni wak nak gunakan le untuk membaja sawit wak. Ok le wak nak berehat dulu, jumpa lagi tahun depan.
Selamat Menyambut Maal Hijrah dan Tahun Baru 2009 semoga hidup kita diberkati dan dimurahi rezeki, amin.
No comments:
Post a Comment