skip to main
|
skip to sidebar

Beberapa gambar wak semasa melawat ke Paradise Country Farm di Gold Coast, Australia, tempohari. Seronok juga kat sini, selain dapat melihat beberapa binatang asli Australia seperti koala dan kanggaru, kita juga berpeluang melihat aktiviti mencukur bulu biri-biri, aktiviti menangkap lembu, memerah susu lembu, dan sebagainya. Demotrasi penggunaan boomerang ada ditunjukkan juga. Banyak juga wak beli boomereng kat situ tapi sampai malaysia wak baling tak balik ke wak semula, terus lesap, mungkin wak bukan orang asli australia kot, wak cuma jawa asli aje. Awal tahun depan wak nak ke australia lagi bersama family wak, ada sape-sape nak order boomereng bolehle wak tolong belikan, kalau nak order orang asli australia tak dapatle wak nak tolong.
No comments:
Post a Comment