Sunday, December 14, 2008

Pengalaman Wak Di Jepun




Wak juga berpeluang ke negeri matahari terbit ni, wak diarahkan bertugas ke sana kerana mengiringi seorang VVIP yang mengadakan lawatan rasmi ke sana. Tapi lotih sikit kat Jepun ni. Dah le duit dia lebih tinggi nilainya, nak makan pun susah. Nasib baik wak bawa bekal mee segera secukup rasa, tapi jemu juga asyik adap mee segera aje. Walaupun sebenarnye makanan sangat mewah kerana ada saja jamuan yang disediakan oleh pihak yang VVIP tu lawati, wak pun tumpang semangkuk aje, tapi banyak yang wak tengok aje kerana diragui kehalalannye dan orang jepun ni sebenarnye malas nak masak, so dia suka makan mentah-mentah aje, tekak jawa wak mana boleh masuk, nak makan ikan mentah, wak cuba tapi berlari wak ke kamar kecil kerana termuntah. Nasib jugak wak pergi tak lama, lebih kurang 10 hari aje, kalau tak, kurus keringle wak. Kat Tokyo ada restoran malaysia, tapi harga dia mak datuk mahal gila (maklumle ikut harga kat jepun) Wak makan sekali aje kat restoran tu, lepas tu terus bengkerap wak.

1 comment:

resmipadi said...

bila wak nak pergi arab pulak? saya buleh boluntiyer angkat beg wak...